Selasa, 10 April 2012

Memanjangkan kuku

Memanjangkan kuku
 
Tabiat memanjangkan kuku bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad yang menggalakkan supaya memotong kuku. Jika dibiarkan kuku panjang, nescaya banyak perkara yang membabitkan hukum seperti wudu, mandi wajib dan sebagainya.
Selain itu, antara perkara sunat yang dilakukan bagi orang sakit atau hampir nazak adalah mengelokkan diri iaitu dengan memotong kuku, misai, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari, bersugi, mandi, berwangian dan memakai pakaian yang bersih.
Imam Al-Syafie tidak menyatakan dalam kitabnya sunat memotong kuku mayat, tetapi beliau menyatakan perselisihan pendapat antara gurunya dalam menggalak dan meninggalkan perbuatan memotong kuku mayat. Beliau memilih dan mentarjih pendapat untuk meninggalkan perbuatan memotong kuku mayat.
Pendapat yang betul adalah membiarkan kuku mayat kerana segala anggota mayat itu dimuliakan dan tidak ada hadis sahih yang menggalakkan memotong kuku mayat. Malah, makruh hukumnya jika berbuat demikian. Demikian juga menurut Imam Ibnu Hajar, pendapat yang azhar adalah makruh memotong kuku mayat.
Adapun orang yang meninggal ketika dalam ihram haji atau umrah, haram dipotong kuku mayat itu, seperti haram mewangikan tubuh badan dan memotong rambutnya. Ini diibaratkan keadaannya ketika masih hidup, dengan haram ke atasnya memotong kuku ketika ihram. Namun, jika kuku mayat itu menyukarkan tukang mandi untuk membersihkannya, tidak mengapa jika dipotong dan tidak juga dikenakan dam ke atas orang yang memotong kuku itu.

copyright by : http://edwea.multiply.com/journal/item/38/Hukum_dan_Hikmah_Memotong_KUKU?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem

1 komentar:

Look !!